Aplikasi

Call Of Duty: Mobile Kini Mencecah 35 Juta Muat Turun – Menjadi Aplikasi iOS Nombor 1 Pada 100+ Buah Negara

Selepas beberapa hari sahaja dilancarkan dan muat turun dibuka kepada umum, permainan mudah alih Call Of Duty: Mobile kini telah mencecah jumlah muat turun sehingga 35 juta di seluruh dunia. Dengan ini juga menjadikan aplikasi yang paling pantas dimuat turun berbanding permainan mudah alih First Person Shooter (FPS) atau Third Person Action yang lain.

Perkara ini dikongsikan oleh Presiden Activision, Rob Kostich melalui Business Wire juga menyatakan permainan Call Of Duty: Mobile ini telah menjadi aplikasi iOS dengan kedudukan nombor 1 pada hampir 100+ buah negara. Pengguna di Malaysia juga termasuk di dalam senarai negara tersebut pada Apple App Store.

Di sebalik kejayaan ini, pengguna juga menghadapi masalah ketika untuk bermain permainan tersebut. Masalah seperti tidak boleh dibuka dan masa menunggu pada pemuatan skrin yang mengambil masa sehingga setengah jam atau lebih yang terjadi di kalangan pengguna.

Permainan mudah alih Call Of Duty: Mobile ini adalah berasaskan freemium iaitu boleh dimuat turun dan dimainkan secara percuma termasuklah pembelian item dalam aplikasi. Bagi yang masih belum muat turun, ketik pada pautan di bawah untuk muat turun di App Store. Saiz fail aplikasi permainan ini ialah 1.4 GB dan memerlukan penggunaan minimum iOS 9 dan ke atas pada peranti sekurang-kurangnya:

  • iPhone 6s dan seterusnya
  • iPad mini 2 dan seterusnya
  • iPad Air dan seterusnya
  • iPad generasi ke-5 dan seterusnya
  • iPad Pro 12.9-inci generasi ke-1 dan seterusnya
  • iPad Pro 11-inci
  • iPad Pro 10.5-inci
  • iPad Pro 9.7-inci
  • iPod touch generasi ke-6 dan seterusnya
[Muat turun Call Of Duty: Mobile di App Store]

Sumber artikel: Business Wire

Haziq Harun

Artikel ini saya tulis. Saya menulis artikel ini. Artikel ini ditulis oleh saya.

Tambah Komen

Klik di sini untuk menghantar komen