Konsep

[Galeri] Konsep ‘Apple AirPods Pro’ Berdasarkan Imej Ikon Yang Tertiris

Semalam telah diterbitkan laporan mengenai senarai ciri dan fungsi yang terdapat pada kemas kini iOS 13.1 beta 1 yang telah dikeluarkan. Pada kemas kini tersebut, terdapat sebuah ikon yang memperlihatkan seperti rekaan fon telinga Apple AirPods yang baharu. Oleh itu, pereka grafik Michael Rieplhuber menerusi akaun Twitter telah berkongsikan rekaan konsep berdasarkan imej ikon tersebut.

Rekaan konsep yang beliau ketengahkan, memberikan gambaran mengenai rekaan ‘Apple AirPods Pro’ dengan fungsi pembatalan hingar aktif atau active noise control (ANC), juga dikenali sebagai noise cancellation, atau active noise reduction (ANR). Saiz adalah sedikit kecil dengan bahagian hadapan terdapat getah pada kedua-dua fon telinga.

Selain itu, pereka Petar menerusi akaun Twitter @PhoneIndustry_ juga turut berkongsikan konsep AirPods generasi seterusnya ini. Hasil rekaan konsep oleh beliau agak sedikit berlainan daripada ikon dan gambar yang tertiris. Beberapa persamaan dapat dilihat yang berdasarkan rekaan kedua-dua generasi AirPods sebelum ini.

Terdapat beberapa gambar yang telah tertiris sebelum ini menunjukkan fon telinga AirPods baharu dengan bekas pengecas. Namun, tidak dipastikan samada ini adalah rekaan rasmi dan terakhir yang bakal digunakan oleh Apple. Pengenalan dan pelancaran rasmi juga masih belum diketahui sehingga kini.

Sumber artikel: 9to5Mac

Haziq Harun

Artikel ini saya tulis. Saya menulis artikel ini. Artikel ini ditulis oleh saya.

Tambah Komen

Klik di sini untuk menghantar komen