Khabar Angin

Kuo: Permintaan Model iPhone 11 Dan Pelancaran ‘iPhone SE 2’ Akan Meningkatkan Penjualan iPhone Pada Awal 2020

Penganalisis daripada TF Securities, Ming-Chi Kuo telah berkongsikan kenyataan mengenai hasil penjualan iPhone akan datang. Beliau menjangkakan penjualan iPhone pada suku pertama tahun 2020 akan meningkat sebanyak 10% disebabkan faktor permintaan tinggi bagi model ketiga-tiga iPhone 11, iPhone 11 Pro dan iPhone 11 Pro Max serta pengenalan dan pelancaran ‘iPhone SE 2’.

Menurut beliau, penjualan siri model iPhone 11 akan mencapai antara 70 hingga 75 juta unit pada tahun ini dan beliau juga mempercayai penjualan sebenar adalah lebih tinggi tetapi kekangan pembekal dan pengilang menjadi faktor dikurangkan. Beliau juga menjangkakan secara spesifik, penjualan iPhone 11 Pro bagi tahun ini ialah antara 37 hingga 40 juta unit dan penjualan iPhone 11 ialah antara 36 hingga 40 juta unit.

Namun, jika angka ini betul, penjualan siri model iPhone Pro tahun ini adalah lebih rendah berbanding siri model iPhone XS tahun lepas tetapi ini adalah disebabkan masalah penghasilan bagi komponen iPhone 11 Pro. Manakala penjualan siri iPhone 11 adalah lebih tinggi berbanding iPhone XR disebabkan penjualan iPhone XR bermula pada pertengahan suku keempat menurut beliau.

Beliau juga berkata, Apple telah meningkatkan kapasiti yang diperlukan bagi penghasilan dan produksi pada suku keempat tahun ini bagi menampung penjualan pada tahun hadapan. Jangkaan hasil tersebut akan memperlihatkan penjualan iPhone 11 antara 22 hingga 24 juta unit pada suku pertama 2020 berbanding 14 juta unit untuk iPhone XR pada suku pertama 2019.

Sumber artikel: MacRumors

Haziq Harun

Artikel ini saya tulis. Saya menulis artikel ini. Artikel ini ditulis oleh saya.

Tambah Komen

Klik di sini untuk menghantar komen