Aplikasi

Pengguna Instagram Kini Boleh Mula Menggunakan Aplikasi Dalam Mod Tema Gelap

Sistem operasi iOS 13 menawarkan pelbagai ciri dan fungsi baharu. Antara yang menarik perhatian pengguna ramai ialah penawaran mod tema gelap yang pertama kalinya terdapat dalam sistem operasi ini. Sehubungan dengan itu, pihak Instagram juga telah mengeluarkan kemas kini baharu di App Store yang menawarkan ciri yang sama.

Pengguna Instagram khususnya pada peranti iOS kini boleh menggunakan aplikasi tersebut dalam mod tema gelap. Pengguna hanya perlu mengaktifkan mod tema gelap pada peranti melalui Settings > Display & Brightness > Appearance dan pada aplikasi akan turut disetkan mengikut tetapan pada peranti anda.

Pastikan anda telah mengemas kini aplikasi Instagram ke versi 114.0 di App Store untuk membolehkan penggunaan mod tema gelap ini.

Sumber:

Haziq Harun

Artikel ini saya tulis. Saya menulis artikel ini. Artikel ini ditulis oleh saya.

Tambah Komen

Klik di sini untuk menghantar komen