Aplikasi

Call Of Duty: Mobile Mencatatkan 100 Juta Muat Turun Pada Minggu Pertama Pelancaran

Permainan Call Of Duty: Mobile yang dilancarkan untuk peranti iOS dan Android pada minggu lepas kini telah mencecah 100 juta jumlah muat turun di seluruh dunia. Menurut laporan maklumat yang dikeluarkan oleh Sensor Tower menyatakan, dengan jumlah muat turun yang tertinggi ini telah menjadikan sebuah pelancaran aplikasi permainan yang paling berjaya.

Dalam laporan itu juga membandingkan jumlah muat turun dengan aplikasi permainan yang lain. Bagi aplikasi PUBG telah mencatatkan 28 juta muat turun pada minggu pertama manakala aplikasi Fortnite mempunyai jumlah muat turun sebanyak 22.5 juta pada minggu pertama, walaupun ia hanya terdapat untuk peranti iOS ketika itu.

Dengan ini, pengguna juga telah membuat pembelian secara dalam aplikasi. Bagi pengguna iOS sahaja, jumlah muat turun ialah sebanyak 56.9 juta dan pengguna telah membelanjakan sehingga $9.1 juta, iaitu sekitar RM38.2 juta.

Permainan Call Of Duty: Mobile ini percuma dimuat turun di App Store yang berasaskan freemium. Saiz fail aplikasi permainan ini ialah 1.4 GB dan memerlukan penggunaan minimum iOS 9 dan ke atas pada peranti sekurang-kurangnya:

  • iPhone 6s dan seterusnya
  • iPad mini 2 dan seterusnya
  • iPad Air dan seterusnya
  • iPad generasi ke-5 dan seterusnya
  • iPad Pro 12.9-inci generasi ke-1 dan seterusnya
  • iPad Pro 11-inci
  • iPad Pro 10.5-inci
  • iPad Pro 9.7-inci
  • iPod touch generasi ke-6 dan seterusnya
[Muat turun Call Of Duty: Mobile di App Store]

Sumber artikel: Sensor Tower

Haziq Harun

Artikel ini saya tulis. Saya menulis artikel ini. Artikel ini ditulis oleh saya.

Tambah Komen

Klik di sini untuk menghantar komen