Info

Sejumlah Aplikasi iOS Telah Memaparkan Notifikasi ‘iTunes Error’

Bermula daripada semalam, sejumlah pengguna iOS dan iPadOS telah menghadapi masalah ketika ingin membuka aplikasi pihak ketiga. Rata-rata mereka melaporkan di laman Twitter dan termasuklah di laman Facebook Group, Apple User Group (Malaysia)®. Namun, masalah ini dilihat telah pun selesai dan tiada pengguna yang masih menghadapinya pada pagi hari ini.

“The iTunes Store is unable to process purchases at this time. Please try again later.”

Perkara ini disebabkan paparan notifikasi di atas yang dipaparkan dan agak menjengkelkan ketika ingin membuka dan menggunakan sebarang aplikasi. Pengguna juga menyangka sebuah pembelian telah dibuat tanpa pengetahuan mereka sendiri. Tidak dapat dipastikan mengapa dan bagaimana masalah ini boleh terjadi pada hampir keseluruhan pengguna di seluruh dunia.

Pihak Apple melalui laman sistem status dan akaun Twitter Apple Support juga tidak memberikan sebarang maklum balas dan penerangan mengenai masalah perkara ini terjadi sehingga kini. Diharap pihak Apple sentiasa berwaspada dan dapat mengelakkan daripada masalah seperti ini terjadi pada pengguna di masa akan datang.

Haziq Harun

Artikel ini saya tulis. Saya menulis artikel ini. Artikel ini ditulis oleh saya.

Tambah Komen

Klik di sini untuk menghantar komen